RAYUAN DERMA TABUNG PENDIDIKAN SISWA MISKIN

Dianjurkan oleh:
ILTIZAM RELIEF SOCIETY
Dimulakan pada:
21 Oct, 2021
RAYUAN DERMA TABUNG PENDIDIKAN SISWA MISKIN
28.30%
RM22,640
/RM80,000
765
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Rayuan derma untuk membantu Siswa miskin di IPT mendapatkan bantuan laptop bagi mereka menyiapkan tugasan pengajian dan mencapai impian mereka untuk menjadi graduan yang berjaya.

Pendidikan adalah hak asasi yang harus dilindungi dan dijamin untuk setiap anak-anak tidak kira latar belakang mereka. Kita perlu bersatu untuk memastikan hak ini diberikan juga kepada anak-anak miskin di negara kita ini.

Al-I’tisam Children Education Fund (ACE Fund) adalah satu tabung diwujudkan khas oleh Al-I’tisam untuk membantu anak-anak miskin khususnya untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi dari keluarga miskin yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Antara bantuan yang diberikan melalui ACE Fund ialah membayar yuran pendaftaran masuk IPT, bantuan laptop, bantuan peranti PdPR, membeli pakaian dan peralatan sekolah melalui program ‘Back to School” untuk murid-murid miskin.

Buat masa ini, ACE Fund lebih fokus kepada bantuan laptop untuk Siswa dan Siswi miskin. Ini kerana laptop adalah satu keperluan untuk mereka mencari sumber maklumat, menyiapkan tugasan (assignments), mengasah skil ICT, serta pengajian secara atas talian samada dengan guru atau rakan-rakan Siswa. Tanpa laptop, mereka terpaksa bergantung kepada ehsan rakan-rakan yang lain. Ini akan menganggu pengajian mereka serta memberi tekanan kepada mereka khususnya apabila telah masuk ke tahun akhir pengajian.

Bermula dari PKP tahun lepas, Al-I’tisam telah pun memberi bantuan laptop kepada 31 mahasiswa / mahasiswi di seluruh negara. Juga bantuan peranti PdPR iaitu tablet phone telah diberikan untuk 23 murid-murid sekolah.

Adalah menjadi impian dan harapan setiap ibubapa supaya anak-anak mereka mendapat tawaran belajar ke IPT, apatah lagi mereka yang miskin. Namun impian untuk anak-anak mereka mencapai ‘menara gading’ mejadi sukar lalu menjadikan mereka resah kerana tiada laptop untuk membantu pengajian mereka di IPT.

Oleh itu, ACE Fund ini perlu diteruskan supaya lebih ramai lagi pelajar-pelajar miskin B40 boleh dibantu sehingga mereka menjadi graduan!

Namun dana ACE Fund kami telah pun merosot dan amat kritikal.

Menyumbanglah hari ini seikhlas hati!

“Berikanlah masa depan untuk anak-anak melalui pendidikan”

Laporan Kempen

08 Apr 2022

22/3/2022 - Penyerahan Laptop Yang Ke 44

Rumah siswa ini antara yang terlibat dalam banjir besar di Maran dan seluruh barang dalam rumah tenggelam dan termasuk komputer riba beliau. Siswa ini telah mencari dalam internet jika ada sesiapa yang memberikan komputer riba secara percuma kepada sisqa kurang berkemampuan akhirnya ternampak Facebook Page Ceria Malaysia, Iltizam Reief Society.

Alhamdulillah, dia datang bersama kakaknya dari Pahang untuk mengambil laptop ini.

Ini adalah sedekah jariah yang akan kita bawa ke akhirat. Kita tidak bawa harta lain.

Ayuh, ambil kesempatan Ramadhan ini untuk infaq / wakaf tunai untuk komputer riba.

Kami telah kehabisan dana untuk membantu ramai lagi yang memohon.

Ayuh tuan / puan.

Gandakan pahala anda di bulan Ramadhan ini, insya Allah pahala pula berterusan selagi laptop itu digunakan.

28 Jan 2022

25/1/2022, Sri Muda

2 lagi laptop baru telah disampaikan kepada 2 lagi pelajar IPT mangsa banjir. Amat berbaloi bantuan ini untuk mereka kerana kesah mereka amat menyedihkan bukan kerana mereka mangsa banjir sahaja. Oleh kerana rumah mereka tingkat bawah terus mereka kena banjir. 

Terima kasih atas sumbangan anda.

Kami hanya beri laptop baharu untuk memastikan laptop tidak memberikan masalah sehingga pelajar ini habis pengajian. Oleh itu, tidak banyak pelajar dapat dibantu kerana satu laptop berharga lebih dari RM3 ribu.

Ayuh, kita menyumbanglah walaupun RM10. Semoga menjadi amal jariah berkekalan.

28 Jan 2022

20/1/2022, Sri Muda

Penyampaian 2 buah laptop baru kepada 2 pelajar IPT yang merupakan mangsa banjir Sri Muda. Ketika banjir mereka tidak sempat selamatkan rumah mereka dan termasuk laptop menyebabkan anak-anak terjejas pengajian IPT yang kebanyakkannya masa secara online.

Apabila kami ziarah baru lah kami lebih jelas mengetahui masalah 2 keluarga. Tanpa banjir pun, mereka adalah keluarga yang sangat perlu dibantu. Salah seorang pelajar ini ayahnya pula pesakit stroke, kini menumpang di rumah saudara kerana rumah sendiri masih belum dibaiki dari kemusnahan banjir. Satu lagi adalah ibu tunggal, kesahnya amat menyayatkan hati.

Terima kasih atas sumbangan anda.

Kami hanya beri laptop baharu untuk memastikan laptop tidak memberikan masalah sehingga pelajar ini habis pengajian. Oleh itu, tidak banyak pelajar dapat dibantu kerana satu laptop berharga lebih dari RM3 ribu.

Ayuh, kita menyumbanglah walaupun RM10. Semoga menjadi amal jariah berkekalan.

30 Dec 2021

Minggu lalu ibunya telah datang mengambil laptop yang mana kami telah luluskan permohanan untuk anak ini yang belajar di UiTM Machang.

Semalam anak ini telah hantar gambar untuk memaklumkan dia telah terima laptop tersebut di kampusnya.

Alhamdulillah. Ini antara siswa yang amat gembira setelah impian untuk mendapatkan sebuah laptop telah tercapai akhirnya yang amat bermanfaat untuk pengajiannya.

07 Dec 2021

https://www.youtube.com/watch?v=s0HK5LeARPM

Kenapa kami bagi bantuan komputer riba (laptop) kepada Siswa miskin? Tontonlah video ini di Youtube dan tinggalkan komen yang baik di ruangan komen channel kami ini. Ramai lagi keluarga yang seperti ini.

Zaman kita dahulu belajar di IPT mungkin berbeza dengan zaman anak-anak kita atau cucu kita belajar. Bukan untuk mencari rujukan atau menyediakan tesis / assignment sahaja perlukan laptop, malah banyak pengajian sekarang ini adalah secara online.

Hanya satu laptop, siapa sangka mungkin kita akan lahirkan seorang rakyat Malaysia dan umat Islam yang bermanfaat untuk agama dan negara.

26 Nov 2021

https://www.youtube.com/watch?v=5T6rWP-Bxcs

Video penyampaian laptop untuk 3 siswa di Melaka. Terima kasih atas sumbangan anda, walaupun RM10 ia pasti memberikan masa depan yang cerah untuk anak-anak ini dan meraih pahala amal jariah untuk kita juga.

23 Nov 2021

Alhamdulillah, 3 lagi laptop telah disampaikan minggu ini semuanya di Melaka.

1) Laptop 35 - pelajar ini dari Kudat, ketika kami ke sana pelajar ini telah pun ke kampus, oleh itu semalam kami hantar laptop tersebut ke UTeM, Melaka. Keluarga pelajar ini masih menumpang di bilik stor Masjid di Kudat kerana rumah mereka bersama 200 rumah lain di kampung telah terbakar.

2) Laptop 36 - Bapa pelajar ini bapa tunggal, pendapatan hanya RM300 itu pun dari bantuan zakat Melaka.

3) Laptop 37 - Anak yatim piatu, ibu baru sahaja meninggal kerana covid-19 dan bapa telah lama meninggal. Kini bergantung dengan abangnya sahaja, bila cuti semester buat kerja part time untuk bayar yuran pengajian. 

Ini mejadikan keseluruhan laptop telah disampaikan kepada pelajar yang layak adalah 11 buah iaitu Kuala Kangsar 1, Taiping 4, Kudat 3 dan Melaka 3.

Terima kasih kepada semua penyumbang kami, walapun RM10 anda menyumbang, semoga tetap menjadi amal jariah (amalan yang berterusan) untuk anda semua.

Untuk makluman, semakin ramai pelajar miskin B40 sebenarnya mula memohon dari kami, insya Allah bantuan ini akan diteruskan seadanya.

Sejak bantuan ini bermula tahun lepas, kita telah sampaikan 37 buah laptop keseluruhannya.

Terima kasih sekali lagi kerana memberi sokongan kepada Al-I'tisam.

Ketua Projek

Al-I'tisam Ceria Malaysia

16 Nov 2021

4 LAGI LAPTOP TELAH DISAMPAIKAN KEPADA SISWA CEMERLANG

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.

Pada 9/11/2021, kami telah menyampaikan 4 lagi laptop di Daerah Kudat, yang mana kami sendiri telah hantar ke 4 buah kampung, di mana 2 darinya terletak di pedalaman. Perjalanan ke 2 kampung di pedalaman ini sahaja ambil masa hampir 3 jam kerana keadaan jalan yang tidak sempurna. Semua empat Siswa ini adalah pelajar UPSI, UMS, Politeknik Tawau dan UteM di Melaka.

Terima kasih kepada para penyumbang. Ini adalah amal jariah untuk anda insya Allah.

Setiap minggu kami menerima 2-3 permohonan baru, oleh itu besarlah harapan kami supaya anda terus menyumbang dan bantu projek ACE Fund kami.

29 Oct 2021

29 Oct 2021

Saksikan video ini dan berilah sokongan kepada usaha murni kami ini dengan infaq, walaupun RM1.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
May 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM16.00
May 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Apr 30, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN BARANGAN DAPUR
DANA BANTUAN OPERASI BULANAN WARGA EMAS AL IKHLAS
BANTU KOS PENGOPERASIAN RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AN-NAAFI
BANTUAN PEMBELIAN RUMAH SEWA UNTUK PERLINDUNGAN KEKAL WARGA EMAS GOLONGAN WANITA
BANTUAN BULANAN KOS OPERASI RUMAH AMAL ASNAF AL-BARAKH
Kempen Sumbangan Tamat