PROJEK PEMBINAAN ASRAMA , KANTIN DAN PEJABAT PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ WADI SYUIB, KG. BONGGAYA BARU, BATU SAPI SANDAKAN, SABAH.
A. PENGENALAN

Madrasah impian kami hanya sekolah papan kayu. Banjir dilanda bah air itu biasa.
Setiap kali banjir sampah sarap kelihatan di merata-rata. Kesusahan bukan penghalang.
Jauh sekali menolak ketentuan Illahi. Apa yang kami resah jiwa, anak-anak buta Al-Quran…
Penempatan kami jauh dari kepesatan pembangunan. Kebanyakkan penduduk bekerja sebagai nelayan. Islam agama kami terdiri dari pelbagai bangsa. Demi cintakan Allah dan sayangkan Rasul, kami tekad untuk membina madrasah. Kami mahu anak-anak menjadi generasi celik Al-Quran. Kami yakin Allah SWT sebaik-baik penolong dan pengatur.
B. MISI & VISI PUSAT TAHFIZ AL-QURAN WADI SYUIB
Pusat
Tahfiz Al-Quran Wadi Syuib di namakan berdasarkan keadaan penempatan di situ. Wadi
bermaksud lembah dan Syuib bermaksud berair. Kami ingin memajukan taraf sosial,
pendidikan, keimanan dan jati diri anak-anak asnaf demi menjadikan mereka modal
insan cemerlang berdasarkan slogan berilmu, beriman, beramal dan akhlak. Pihak
kami mahu menjadi satu organisasi pengurusan yang mantap dengan menyediakan
kemudahan yang selesa, selamat dan pembangunan sekitar yang cantik dikampung
ini.
Untuk mencapai misi dan visi di atas, semua ahli JawatanKuasa lantikan dan Pejabat Agama Islam Sabah berkerjasama memantau & menggerakkan projek madrasah bersama penduduk kampung seperti di dalam perkara-perkara berikut :
1.Bantuan pendidikan percuma anak-anak asnaf
yang berkelayakkan.
2. Menyediakan tempat makan/minum dan
penginapan asrama secukupnya.
3. Menyediakan pakaian seragam dan
lencana sekolah.
4. Mewujudkan kawasan persekitaran
madrasah yang utamakan keselamatan dan keselesaan dengan ruang istirehat menarik
untuk pelajar.
5. Mengatur dan melaksanakan program amal
maaruf melalui pendidikan, pusat perkembangan dakwah, khairat-kebajikan dan
bantuan golongan yang memerlukan untuk pelajar, penduduk setempat dan orang luar yang
mahu berbakti bersama kami menjadikan PTAWS sebagai ladang saham akhirat.
C. FASA PROJEK TERKINI &
PERKEMBANGAN PTAWS
Atas sumbangan rakyat Malaysia yg prihatin, kami
berjaya memulakan fasa awal pembinaan madrasah. Sikit-sikit lama-lama siap dibina.
Allah Ya Rahman membuka hati insan budiman yang sama-sama perjuangkan projek madrasah PTAWS.
Berikut gambaran perkembangan
terkini untuk tatapan anda.

Kerja-kerja pembinaan adalah secara sukarela oleh penduduk
kampung yang mahir bertukang. Semasa dalam fasa pembinaan, pihak kami menerima
kunjungan dari individu dan berkumpulan yang prihatin melihat perkembangan
projek ini. Pihak kami menerima sumbangan wakaf dan amanah untuk menyalurkan
bantuan kepada penduduk kampung di sini. Majlis doa selamat dan tahlil diadakan
bila setiap projek fasa binaan madrasah
siap dibina khas untuk penyumbang budiman sebagai hadiah dan penghargaan.
Nescaya, Allah memberkati perjuangan
kita jihad ke jalan-NYA. Aamiin.
Oleh demikian, untuk menyiapkan sepenuhnya projek madrasah ini, kami menyeru sahabat amal Malaysia yang prihatin untuk terus memberi sokongan bantuan dana bagi fasa seterusnya untuk binaan, kelengkapan dan pengurusan untuk pejabat &madrasah, sistem keselamatan, tandas, asrama, wakaf istirehat, kantin dan kepungan banjir. Bersama kita mengumpul saham akhirat. Doa kami dan anak-anak mengiringi anda semua yang budiman hingga ke akhirat selagi ada bulan dan matahari. Mereka tak sabar nak belajar! Terima Kasih.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2).

Bantu kami membina Pusat pengajian Al Quran untuk anak - anak asnaf sandakan sabah

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini